Pages

Wednesday, March 21, 2012

Berkongsi sesuatu yang menarik dalam majalah SOLUSI...

Ahli Neraka Yang Paling Ramai...
       Sebahagian orang yang tidak faham, iaitu hadis yang menerangkan penghuni yang paling ramai masuk neraka adalah wanita dan menyangka hadis ini merendahkan kaum wanita, padahal sama sekali tidak seperti itu. Malah Rasulullah s.a.w terkenal sebagai seorang yang selalu membela dan meninggikan martabat wanita.
       Yang pasti ahli neraka tidak ditentukan oleh jantina seseorang. Bukan juga bangsa dan warna kulitnya, tetapi amal perbuatan seseorang selama hidup di dunia.
       Allah berfirman yang bermaksud : "Sesiapa yang berbuat dosa dan dia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya." (Surah al-Baqarah 2:81) Ramainya bilangan wanita didalamneraka adalah populasi mereka yang besar di dunia dan kebiasaannya bilangan wanita lebih ramai daripada kaum lelaki. Oleh sebab itu, wanita bukan hanya paling ramai di neraka, bahkan paling ramai juga di syurga. Menutrut pendapat al-Qadi 'Iyad dan Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih MUslim.
     Untuk lebih meyakinkan lagi bahawa hadis yang mengatakan wanita paling ramai masuk neraka bukanlah untuk menyindir kaum wanita, sebuah riwayat lain ada mnyebut, kaum wanita yang paling ramai  Nabi SAW lihat adalah mereka yang memiliki sifat-sifat tertentu. Seperti dalam riwayat Imam Ahmad daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Kebanyakkan wanita yang aku lihat di dalam neraka ialah orang yang jika dititipkan rahsia, ,ereka menyebarkannya. Jika diminta, mereka bakhil. Jika meminta mereka sangat memaksa. Dan jika diberi, mereka tidak berterima kasih."
     Jelas sekali , Rasulullah SAW bukan menekankan status mereka sebagai wanita. Akan tetapi, Baginda menitikberatkanpada sifat2 buruk yang terdapat dalam diri mereka, yang menjadi sebab mereka terhumban ke dalam neraka.

KESIMPULAN & HARAPAN:
       Petikan yang diambil dari Majalah Solusi keluaran 41, m/s110. ^^, Ayuh, sama2 kita memiliki sesuatu yang sangat2 berguna untuk santapan rohani iaitu sebagai makanan hati kita dengan menjadikan majalah Solusi sebagai majalah yang wajib untuk dimiliki dalam kehidupan. Sebenarnya ada lagi sambungan bagi petikan di atas yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama2. Perkongsian daripada UMAR M.NOOR yang menggunakan bahasa dan penyampaian yang cukup ringkas dan mudah di fahami sangat2 menarik untuk dibaca. Sangat2 berisi kerana setiap olahan ayat mempunyai bukti2 yang kukuh samada dari Hadis Nabi SAW mahupun ayat2 cinta dari Allah SWT. Selamat membaca...

Friday, December 9, 2011

Manusia Bertanya Al-Quran Menjawab

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
                                                                                                                      Surah Al-Ankabut ayat 2-3
_________________________________________________________________________________

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG KU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
                                                                                                                     Surah Al-Baqarah ayat 216
_________________________________________________________________________________

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
                                                                                                                     Surah Al-Baqarah ayat 286
_________________________________________________________________________________

FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
                                                                                                                         Surah Al-Imran ayat 139
_________________________________________________________________________________

BAGAIMANA HARUS AKU MEnGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (mengahadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kemu kepada Allah supaya, kamu berjaya(mencapai kemenangan)."
                                                                                                                         Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amtlah berat kecuali kepada orang-orang khusyuk"
                                                                                                                       Surah Al-Baqarah ayat 45
_________________________________________________________________________________

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."
                                                                                                                       Surah At-Taubah ayat 111
_________________________________________________________________________________

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNYa aku bertawakkal"
                                                                                                                       Surah At-Taubah ayat 129
_________________________________________________________________________________

ISSHHH AKU DAH TAK TAHAN DENGAN SEMUA INI!!! AKU DAH BOSAN!!!
"...dan janganlah kamu berptus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum kafir"
                                                                                                                                Surah YUsuf ayat 12


sebenarnya da ramai da post tetang tajuk ni...hehhe...saya saja buat perkongsian utk sesiapa yang belum mengetahui...tapi apa yang pasti ada banyak lagi persoalan dalam hidup ni yang kita tak thu pun jawapannya sebenarnya ada dalam al-Quran...cuma kita jk x thu semua 2...peringatan utk kita smua trmsuk dri saya....


Monday, December 5, 2011

KERANA DIAMMUuuu....

Tatkala jatuh cinta pada seseorang, ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya. Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba.

Sebelum mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengannya, cukuplah cintai ia dalam diam..Kerana diamu adalah bukti cinta mu kepadanya. Kamu ingin memuliakannya, dengan tidak mengajak menjalin hubungan terlarang. Kamu tidak ingin mengaibkannya, dengan tidak mengajaknya berdua-duaan.

Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya, kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.

Kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan di hatinya, menghindar dirinya daripada perkara yang merosakkan izzah dan iffahnya.

Sebelum memulakan sesuatu yang di larang dan ditegah olehNYa, cukuplah sekadar hanya mencintai nya dari dalam diam... Kerana diammu adalah petanda keihklasanmu kepadanya. Kerana tidak ingin ia memilihmu kerana hanya paras rupamu atau manis ayat yang diungkapkan...tetapi sebaliknya kerana ketulusan hatimu...sesucinya cintamu.... (Anuar ZAin)

Kerana diammu adalah kekuatannya!!!! 

Contohilah akan kisah Fatimah dan Ali... Kedua-dua mereka saling memendam perasaan yang mereka rasakan antara satu sama lain, dan akhirnya, mereka dipertemukan dalam syurga cinta dunia nan suci dan indah lagi membahagiakan...

Boleh jadi orang yang kamu cintai itu juga la sebenarnya insan yang telah ditentukan Allah SWT untukmu dunia akhirat. Kerana dalam diammu tersimpan segala harapan yang akan menyalakan keinginanmu, dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapanmu sehingga ia dapat berbicara di dunia yang nyata.

BUkankah Dia itu Al-Hayyu dan As-Sami' ???? Sesunguhnya Allah lebih malu pada hamba2Nya japabila doa yang di pinta hambaNya tidak dapat diperkenankan. Dia malu apabila seseorang hambaNya mengharap kepadaNya, lalu Dia menghampakanNya dan meninggalkan dalam kerugian.

Tapi sekiranya kamu telah berusaha mengharap sepenuh hati, namun jika memang bukan milikmu,,,semoga Allah SWT merentasi batas-batas waktu menghilangkan 'cinta dalam diammu' itu dan menggantikannya denga rasa cinta yang lebih indah pada orang yang selayaknya dan tepat untuk kamu.

Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu yang menjadi rahasia antara dirimu dengan Sang Kekasih yang Maha Agung. 

Kerana diammu adalah bukti tanda cinta yang agung...Ketika cinta beratsbih... sehhh...


SUMBER : PSIPUM ...

Tuesday, November 29, 2011

SALAH SATU KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN




Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud :

"Barangsiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung didalamnya, (maka) kedua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari pengadilan yang sinarannya lebih terang daripda cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini."

Huraian hadis :

Jasa kedua ibubapa kita memang la mustahil untuk dibalas. Walaupun sehebat mana usaha kita untuk membalas budi baik mereka, ia tidak akan memadai. Oleh itu..tidakkah kita ingin memberikan mereka suatu hadiah yang paling bermakna dan istimewa di akhirat nanti... Alangkah seronoknya kan mereka pada hari akhirat kelak kerana secara tiba-tiba sahaja mereka dipakaikan mahkota yang jauh lebih bersinar dari matahari....

Erm...hadiah yang di maksudkan adalah hadiah daripada anak-anak mereka (ibubapa) yang rajin membaca dan beramal dengan al-Quran. Marilah kita sama-sama menjadikan al-Quran salah satu budaya dalam hidup kita...Bacalah setiap hari walaupun sedikit...bacalah walaupun hanya sebaris ayat... ^^,

Monday, September 12, 2011

Masih Wujudkah Teman Sejati Dalam dunia ni?????

             DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.....

Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang-orang yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak. Selawat dan salam ke atas Nabi kita dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pemblasan kelak.

Para pembaca yang budiman...
Berkata IMAM SYAFIE :

Belum pernah ku temukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.
Padahal hidup ku sentiasa sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda...aq sering bertanya, " Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Terbaca melalui fb seseorang, kata-kata IMAM SyaFIe ni membuatkan aq terfikir-fikir dan timbul persoalan...adakah teman-teman disekeliling hidup ku merupakan teman sejati yang layak untuk membimbing ku ke jalanNya. Tapi aku sentiasa bersyukur kerana aku dikuriakan teman-teman yang tidak pernah jauh ketika aku susah dan senang.

Dalam Islam juga mengingatkan kepada penganutnya bahawa berhati-hati dalam memilih teman. Sayidina Ali RA pernah berkata, "Kalau kalian ingin melihat keperibadian seseorang, lihatlah bagaimana teman-temannya." . Rasulullah juga pernah mengingatkan " Seseorang itu juga dipengaruhi oleh agama teman-temannya. Oleh sebab itu berhati-hatilah dengan siapa kita bergaul."

Dalam pandangan Islam, teman juga dapat berupa perilaku ataupun amal. Oleh sebab itu, umat islam dianjurkan mencari dan membinanya. Iman dan amal saleh dalam pandangan Islam dapat menolong dan menyelematkan seseorang dari kehinaan. Bukan sahaja menyelamatkan kehinaan yang kita dapat di dunia ini malah InsyAllah akan menyelamatkan kehinaan kita di akhirat. 



Saturday, April 2, 2011

HARGAI DAN PELIHARALAH MEREKA..........

Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri................................

Hari ini apa yang kita lalui dan tempuhi disebabkan teman kadang-kadang kita penat dan letih...tetapi dalam kepenatan dan keletihan itu lahirnya keindahan yang kita sendiri tidak sedari........

Persahabatan tidak terjalin secara automatik ataupun secara sendirinya tetapi persahabatan memerlukan proses-proses yang panjang.... ibarat besi yang menajamkan besi,,,demikian juga sahabat yang menajamkan sahabatnya


Nilai persahabatan itu terlalu sukar untuk ditafsirkan....apa lagi jika ukhuwah yang dibina adalah atas landasan yang betul dengan niat membina ukhuwah keranaNya......semua orang ada sahabat tidak kira la sahabat ketika anda senang mahupun sahabat ketika anda susah.....


Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka,,, dihiburi - disakiti,,, diperhatikan - dikecewakan,,, didengar - diabaikan,,, dibantu - ditolak,,, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian....
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan,,, justru itu kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya...

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah...
Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha lebih kepada pemeliharaan hubungan berbanding kesetiaan,,, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita sedari, perlunya kita mencari perhatian,,, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain,,, tetapi berusaha untuk memberikan dan mewujudkan apa yang diinginkan dan diperlukan sahabat anda.....

Kerinduan untuknya juga adalah salah satu anugerah dari Allah SWT agar kasih dan sayang kepada sahabat kita sentiasa terjalin atas redhanya..meningati sahabat dalam doa adalah salah satu bahagian yang lumrah dalam persahabatan, kerana tiada persahabatan yang di mulai dengan sikap egoistik yang langsung tidak mengenali erti dan makna persahabatan....

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati,,, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Ramai juga yang telah menikmati keindahan dalam persahabatan, tetapi ramai juga yang hancur kerana dikhianati sahabatnya...

Ingatlah bila dan saat terakhir kali anda berada dalam kesulitan... Siapa yang berada di samping anda ???
Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ????
Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak bisa memberikan apa-apa ????
                                             
                                      ..............MEREKALAH SAHABAT ANDA.................

                         Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka..........

"SaHabaT yG baiK iaLaH seseoRanG yg apaBiLa kmu memanDanGnya kamu aKan TeringaTkan ALLAH S.W.T...PERcaKaPannya menamBaHkan ILmu mu dan amaLnnYa mengingaTkan Kamu PaDa akhiRaT..."

Tuesday, March 15, 2011

The Best Book in My Heart


                                                                
                                                                                 
  

  بسم الله الرحمن الرحيم     .........   Buku 14 bab dengan 466 mukasurat hasil nukilan (Prof Dr) Zulkifli Haji Mohd Yusoff dan (Dr) Noor Naemah Abd Rahman ini mengisahkan perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W serta perjuangan dan perkembangan Agama Islam sejak kelahiran sehingga kewafatan Baginda.
 


Menggunakan bahasa serta jenis penceritaan yang agak santai tanpa menggunakan rujukan-rujukan ilmiah... memudahkan para pembaca menghayati butiran setiap peristiwa yang disampaikan serta menyerap pengajaran-pengajaran yang tersurat dan tersirat disebaliknya. 

Kesukaran dan keperitan berdakwah dikalangan kaum Quraisy Mekah sepanjang 10 tahun pertama kenabian dengan sekadar mampu mengislamkan 70 lelaki dikalangan mereka, tidak mematahkan semangat baginda.

Dakwah baginda banyak mendapat sokongan serta bantuan daripada Abdul Mutalib, Siti Khadijah serta Abu Talib. Pernah suatu ketika orang Quraisy memboikot orang-orang Islam dengan melarang sesiapa sahaja berurusniaga dengan mereka, namun Rasullah tetap mendapat sokongan daripada suku Abdul Mutalib, suku Abdul Manaf dan suku Hasyim. 

Akibatnya orang Quraisy turut memboikot serta mengenakan sekatan terhadap sesiapa sahaja yang menyokong dan menolong Muhammad S.A.W. Sekatan tersebut berlangsung selama 3 tahun sehingga Rasullah berserta orang-orang islam serta penyokong-penyokong baginda hidup dalam serba kekurangan serta terpaksa berpindah ke pinggir Mekah dan mengwujudkan perkampungan sendiri.

Selain daripada kedegilan Quraisy, buku ini juga merakamkan kedegilan Yahudi yang tetap ingkar untuk beriman kepada Allah serta Rasullah walaupun tanda-tanda kenabian Muhammad S.A.W memang jelas serta nyata disebutkan dalam kitab mereka, hanya kerana Muhammad bukan daripada bangsa kaum mereka.

Keadaan ini akhirnya berubah dengan berlakunya peristiwa Hijrah dan Perjanjian Hudaibiah dengan angkatan seramai 1400 orang, sehingga kepada pembukaan Mekah dengan salah satu angkatan tentera terbesar ketika itu iaitu seramai 10,000 orang. Dan akhirnya Islam tersebar keseluruh semenanjung Arab.

Diantara peristiwa yang harus menjadi iktibar ialah tentang keingkaran segelintir para sahabat akan perintah Baginda supaya tidak meninggalkan posisi mereka sepanjang peperangan Uhud sehingga menyebabkan tentera Islam kucar-kacir dan Rasullah diasak hebat mengakibatkan Baginda cedera serta patah beberapa batang gigi.

Buku ini juga dipenuhi dengan kisah-kisah para sahabat yang banyak berusaha, berkorban serta ada yang syahid dalam usaha mengembangkan agama Islam. Asspek yang turut memperlihatkan kepada saya bagaimana para pejuang terdahulu bermati2an utk menegakkan agama Allah sewaktu kepimpinan Nabi Muhammad SAW. 

Setelah lengkapnya agama Islam diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Baginda Rasullah S.A.W, bahagian yang paling meruntun jiwa pastinya pada bab terakhir buku ini iaitu 'Muhammad Meninggal Dunia'.


Secara jujurnya saya bukanlah dari jenis yang suka membaca buku dan boleh terkira juga buku2 yang saya habis baca, namun buku ini berjaya membuatkan saya menitiskan air mata dan saya sangat sukar untuk melepaskannya. Selepas ini 'Novel' ini akan menjadi teman hidup saya dan akan berulang kali membacanya serta menghayati jalan penceritaannya semula . Jadi jangan lepaskan peluang utk mendapatkan buku ni.... ^^,