Pages

Tuesday, March 15, 2011

The Best Book in My Heart


                                                                
                                                                                 
  

  بسم الله الرحمن الرحيم     .........   Buku 14 bab dengan 466 mukasurat hasil nukilan (Prof Dr) Zulkifli Haji Mohd Yusoff dan (Dr) Noor Naemah Abd Rahman ini mengisahkan perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W serta perjuangan dan perkembangan Agama Islam sejak kelahiran sehingga kewafatan Baginda.
 


Menggunakan bahasa serta jenis penceritaan yang agak santai tanpa menggunakan rujukan-rujukan ilmiah... memudahkan para pembaca menghayati butiran setiap peristiwa yang disampaikan serta menyerap pengajaran-pengajaran yang tersurat dan tersirat disebaliknya. 

Kesukaran dan keperitan berdakwah dikalangan kaum Quraisy Mekah sepanjang 10 tahun pertama kenabian dengan sekadar mampu mengislamkan 70 lelaki dikalangan mereka, tidak mematahkan semangat baginda.

Dakwah baginda banyak mendapat sokongan serta bantuan daripada Abdul Mutalib, Siti Khadijah serta Abu Talib. Pernah suatu ketika orang Quraisy memboikot orang-orang Islam dengan melarang sesiapa sahaja berurusniaga dengan mereka, namun Rasullah tetap mendapat sokongan daripada suku Abdul Mutalib, suku Abdul Manaf dan suku Hasyim. 

Akibatnya orang Quraisy turut memboikot serta mengenakan sekatan terhadap sesiapa sahaja yang menyokong dan menolong Muhammad S.A.W. Sekatan tersebut berlangsung selama 3 tahun sehingga Rasullah berserta orang-orang islam serta penyokong-penyokong baginda hidup dalam serba kekurangan serta terpaksa berpindah ke pinggir Mekah dan mengwujudkan perkampungan sendiri.

Selain daripada kedegilan Quraisy, buku ini juga merakamkan kedegilan Yahudi yang tetap ingkar untuk beriman kepada Allah serta Rasullah walaupun tanda-tanda kenabian Muhammad S.A.W memang jelas serta nyata disebutkan dalam kitab mereka, hanya kerana Muhammad bukan daripada bangsa kaum mereka.

Keadaan ini akhirnya berubah dengan berlakunya peristiwa Hijrah dan Perjanjian Hudaibiah dengan angkatan seramai 1400 orang, sehingga kepada pembukaan Mekah dengan salah satu angkatan tentera terbesar ketika itu iaitu seramai 10,000 orang. Dan akhirnya Islam tersebar keseluruh semenanjung Arab.

Diantara peristiwa yang harus menjadi iktibar ialah tentang keingkaran segelintir para sahabat akan perintah Baginda supaya tidak meninggalkan posisi mereka sepanjang peperangan Uhud sehingga menyebabkan tentera Islam kucar-kacir dan Rasullah diasak hebat mengakibatkan Baginda cedera serta patah beberapa batang gigi.

Buku ini juga dipenuhi dengan kisah-kisah para sahabat yang banyak berusaha, berkorban serta ada yang syahid dalam usaha mengembangkan agama Islam. Asspek yang turut memperlihatkan kepada saya bagaimana para pejuang terdahulu bermati2an utk menegakkan agama Allah sewaktu kepimpinan Nabi Muhammad SAW. 

Setelah lengkapnya agama Islam diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Baginda Rasullah S.A.W, bahagian yang paling meruntun jiwa pastinya pada bab terakhir buku ini iaitu 'Muhammad Meninggal Dunia'.


Secara jujurnya saya bukanlah dari jenis yang suka membaca buku dan boleh terkira juga buku2 yang saya habis baca, namun buku ini berjaya membuatkan saya menitiskan air mata dan saya sangat sukar untuk melepaskannya. Selepas ini 'Novel' ini akan menjadi teman hidup saya dan akan berulang kali membacanya serta menghayati jalan penceritaannya semula . Jadi jangan lepaskan peluang utk mendapatkan buku ni.... ^^,