Pages

Tuesday, November 29, 2011

SALAH SATU KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN




Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud :

"Barangsiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung didalamnya, (maka) kedua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari pengadilan yang sinarannya lebih terang daripda cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini."

Huraian hadis :

Jasa kedua ibubapa kita memang la mustahil untuk dibalas. Walaupun sehebat mana usaha kita untuk membalas budi baik mereka, ia tidak akan memadai. Oleh itu..tidakkah kita ingin memberikan mereka suatu hadiah yang paling bermakna dan istimewa di akhirat nanti... Alangkah seronoknya kan mereka pada hari akhirat kelak kerana secara tiba-tiba sahaja mereka dipakaikan mahkota yang jauh lebih bersinar dari matahari....

Erm...hadiah yang di maksudkan adalah hadiah daripada anak-anak mereka (ibubapa) yang rajin membaca dan beramal dengan al-Quran. Marilah kita sama-sama menjadikan al-Quran salah satu budaya dalam hidup kita...Bacalah setiap hari walaupun sedikit...bacalah walaupun hanya sebaris ayat... ^^,