Pages

Wednesday, March 21, 2012

Berkongsi sesuatu yang menarik dalam majalah SOLUSI...

Ahli Neraka Yang Paling Ramai...
       Sebahagian orang yang tidak faham, iaitu hadis yang menerangkan penghuni yang paling ramai masuk neraka adalah wanita dan menyangka hadis ini merendahkan kaum wanita, padahal sama sekali tidak seperti itu. Malah Rasulullah s.a.w terkenal sebagai seorang yang selalu membela dan meninggikan martabat wanita.
       Yang pasti ahli neraka tidak ditentukan oleh jantina seseorang. Bukan juga bangsa dan warna kulitnya, tetapi amal perbuatan seseorang selama hidup di dunia.
       Allah berfirman yang bermaksud : "Sesiapa yang berbuat dosa dan dia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya." (Surah al-Baqarah 2:81) Ramainya bilangan wanita didalamneraka adalah populasi mereka yang besar di dunia dan kebiasaannya bilangan wanita lebih ramai daripada kaum lelaki. Oleh sebab itu, wanita bukan hanya paling ramai di neraka, bahkan paling ramai juga di syurga. Menutrut pendapat al-Qadi 'Iyad dan Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih MUslim.
     Untuk lebih meyakinkan lagi bahawa hadis yang mengatakan wanita paling ramai masuk neraka bukanlah untuk menyindir kaum wanita, sebuah riwayat lain ada mnyebut, kaum wanita yang paling ramai  Nabi SAW lihat adalah mereka yang memiliki sifat-sifat tertentu. Seperti dalam riwayat Imam Ahmad daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Kebanyakkan wanita yang aku lihat di dalam neraka ialah orang yang jika dititipkan rahsia, ,ereka menyebarkannya. Jika diminta, mereka bakhil. Jika meminta mereka sangat memaksa. Dan jika diberi, mereka tidak berterima kasih."
     Jelas sekali , Rasulullah SAW bukan menekankan status mereka sebagai wanita. Akan tetapi, Baginda menitikberatkanpada sifat2 buruk yang terdapat dalam diri mereka, yang menjadi sebab mereka terhumban ke dalam neraka.

KESIMPULAN & HARAPAN:
       Petikan yang diambil dari Majalah Solusi keluaran 41, m/s110. ^^, Ayuh, sama2 kita memiliki sesuatu yang sangat2 berguna untuk santapan rohani iaitu sebagai makanan hati kita dengan menjadikan majalah Solusi sebagai majalah yang wajib untuk dimiliki dalam kehidupan. Sebenarnya ada lagi sambungan bagi petikan di atas yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama2. Perkongsian daripada UMAR M.NOOR yang menggunakan bahasa dan penyampaian yang cukup ringkas dan mudah di fahami sangat2 menarik untuk dibaca. Sangat2 berisi kerana setiap olahan ayat mempunyai bukti2 yang kukuh samada dari Hadis Nabi SAW mahupun ayat2 cinta dari Allah SWT. Selamat membaca...