Pages

Monday, December 5, 2011

KERANA DIAMMUuuu....

Tatkala jatuh cinta pada seseorang, ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya. Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba.

Sebelum mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengannya, cukuplah cintai ia dalam diam..Kerana diamu adalah bukti cinta mu kepadanya. Kamu ingin memuliakannya, dengan tidak mengajak menjalin hubungan terlarang. Kamu tidak ingin mengaibkannya, dengan tidak mengajaknya berdua-duaan.

Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya, kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.

Kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan di hatinya, menghindar dirinya daripada perkara yang merosakkan izzah dan iffahnya.

Sebelum memulakan sesuatu yang di larang dan ditegah olehNYa, cukuplah sekadar hanya mencintai nya dari dalam diam... Kerana diammu adalah petanda keihklasanmu kepadanya. Kerana tidak ingin ia memilihmu kerana hanya paras rupamu atau manis ayat yang diungkapkan...tetapi sebaliknya kerana ketulusan hatimu...sesucinya cintamu.... (Anuar ZAin)

Kerana diammu adalah kekuatannya!!!! 

Contohilah akan kisah Fatimah dan Ali... Kedua-dua mereka saling memendam perasaan yang mereka rasakan antara satu sama lain, dan akhirnya, mereka dipertemukan dalam syurga cinta dunia nan suci dan indah lagi membahagiakan...

Boleh jadi orang yang kamu cintai itu juga la sebenarnya insan yang telah ditentukan Allah SWT untukmu dunia akhirat. Kerana dalam diammu tersimpan segala harapan yang akan menyalakan keinginanmu, dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapanmu sehingga ia dapat berbicara di dunia yang nyata.

BUkankah Dia itu Al-Hayyu dan As-Sami' ???? Sesunguhnya Allah lebih malu pada hamba2Nya japabila doa yang di pinta hambaNya tidak dapat diperkenankan. Dia malu apabila seseorang hambaNya mengharap kepadaNya, lalu Dia menghampakanNya dan meninggalkan dalam kerugian.

Tapi sekiranya kamu telah berusaha mengharap sepenuh hati, namun jika memang bukan milikmu,,,semoga Allah SWT merentasi batas-batas waktu menghilangkan 'cinta dalam diammu' itu dan menggantikannya denga rasa cinta yang lebih indah pada orang yang selayaknya dan tepat untuk kamu.

Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu yang menjadi rahasia antara dirimu dengan Sang Kekasih yang Maha Agung. 

Kerana diammu adalah bukti tanda cinta yang agung...Ketika cinta beratsbih... sehhh...


SUMBER : PSIPUM ...

3 comments: