Pages

Monday, September 12, 2011

Masih Wujudkah Teman Sejati Dalam dunia ni?????

             DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.....

Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang-orang yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak. Selawat dan salam ke atas Nabi kita dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pemblasan kelak.

Para pembaca yang budiman...
Berkata IMAM SYAFIE :

Belum pernah ku temukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.
Padahal hidup ku sentiasa sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda...aq sering bertanya, " Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Terbaca melalui fb seseorang, kata-kata IMAM SyaFIe ni membuatkan aq terfikir-fikir dan timbul persoalan...adakah teman-teman disekeliling hidup ku merupakan teman sejati yang layak untuk membimbing ku ke jalanNya. Tapi aku sentiasa bersyukur kerana aku dikuriakan teman-teman yang tidak pernah jauh ketika aku susah dan senang.

Dalam Islam juga mengingatkan kepada penganutnya bahawa berhati-hati dalam memilih teman. Sayidina Ali RA pernah berkata, "Kalau kalian ingin melihat keperibadian seseorang, lihatlah bagaimana teman-temannya." . Rasulullah juga pernah mengingatkan " Seseorang itu juga dipengaruhi oleh agama teman-temannya. Oleh sebab itu berhati-hatilah dengan siapa kita bergaul."

Dalam pandangan Islam, teman juga dapat berupa perilaku ataupun amal. Oleh sebab itu, umat islam dianjurkan mencari dan membinanya. Iman dan amal saleh dalam pandangan Islam dapat menolong dan menyelematkan seseorang dari kehinaan. Bukan sahaja menyelamatkan kehinaan yang kita dapat di dunia ini malah InsyAllah akan menyelamatkan kehinaan kita di akhirat. 



2 comments:

  1. pastinya ia akan wujud seandainya kita bersedia dan benar2 menjadi teman sejati sahabat kita terlebih dahulu insyaAllah ukhuwah kerana Allah tidak mungkin sama denga talian persahabatn kerana faktor selain Allah..i'm really sorry ijust noticed that u've a blog..at first i thought that this blog owned by inteam hihihi..keep writing to spread the sweetness of Allah's love.insyaAllah..pray for me to istiqamah in this path my fren.

    ReplyDelete
  2. ops..rupa2nya aq dah follow ko..sorry..

    ReplyDelete